World Royal VIP Community ini di asaskan oleh DP Soria Ramli pada tahun 2014.
Revolusi Ekonomi di abad 21 ini telah berlaku pelbagai perubahan dalam kehidupan umat manusia.
Serentak dengan perkembangan teknologi maka komuniti ini sebagai satu platform untuk bersama mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.
Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.
Tujuan utama :
1. Keadilan (Tidak Syirik Dengan Allah)
2. Silaturrahim
3. Kebajikan
4. Cegar Mungkar
Firman Allah maksudnya;
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Surah 16 : 90)
Syukur pada Allah Yang Maha Berkuasa, era kini perkembangan Teknologi Sains telah memberi kebaikan dan kemudahan pada manusia. Era Teknologi Maklumat telah melalui ledakan yang hebat bermula era web 1.0, era web 2.0 dan kini era web 3.0.
Dunia kini di hujung jari dan bagaikan hanya sebuah kampung.
Comments
Post a Comment